Monday, 1 August 2011

Adakah perlu DASAR PERANCANGAN FIZIKAL DESA NEGARA ?



Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (dibawah dasar RFN 9) mencadangkan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPFDN) perlu disediakan sebagal kerangkakerja bagi pembangunan bersepadu kawasan desa supaya masyarakatnya dapat menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik. DPFDN akan menjadi salah satu dasar yang akan menyokong Visi 2020, Pelan Induk Koridor Pembangunan Ekonomi, Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar dan lain-lain dasar yang berkaitan pembangunan desa.

Kerajaan memberi perhatian kepada isu-isu desa; diantaranya adalah kemiskinan, perumahan untuk golongan miskin, kekurangan kemudahan masyarakat dan perlindungan alam persekitaran. Isu yang pelbagai ini perlu ditangani secara holistik. Dalam konteks ini kawasan desa perlu dirancang dan dibangunkan untuk meningkat kualiti hidup dan pada masa yang sama melindungi dan mengekalkan cirri-ciri desa supaya identiti desa tersebut terus terpelihara.

Justeru itu sudah sampai masanya negara mempunyai DPFDN yang digubal bagi menangani isu-isu dan cabaran yang terdapat dikawasan desa secara bersepadu dan holistik. DPFDN akan menjadi garispanduan utama dalam perancangan dan pembangunan fizikal kawasan desa kerana dasar ini mengambilkira dan menyelaraskan semua polisi dan stategi pembangunan luar bandar supaya kawasan desa yang akan dibangunkan secara kondusif untuk didiami dan pembangunan ekonomi.

Selaras dengan program-progran tranformasi kerajaan pada masa kini, DPFDN akan memastikan kawasan desa digunakan secara optimum dan lestari; dengan memberi penekanan kepada pencapalan initiative-initatif yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Program Tranformasi Ekonomi.
Adalah diharapkan DPFDN dapat disediakan dalam RMKe10 sebagal usaha Jabatan Perancangan Bandar Desa Semenanjung Malaysia membantu kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagal negara maju pada tahun 2020 yang hanya sembilan tahun dari sekarang!
Sila kemukakan pendapat anda mengenai Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara.

Dasar RFN Ke-2 Berkaitan :
RFN 9
Kawasan Luar Bandar Dan Pusat Pertumbuhan Desa Perlu Dibangunkan Agar Masyarakat Boleh Menikmati Pendapatan Yang Lebih Tinggi Dan Kualiti Hidup Yang Lebih Baik
 
RFN 10
Masyarakat Orang Asli Perlu Diintegrasikan Dari Segi Spatial Dan Ekonomi Ke Dalam Inisiatif Pembangunan Utama

No comments: